Rabu, 1 Disember 2010

 Cintaku hanya untukmu....(part 1)

cerita pendek yang aku dapat dari email seseorang..
Ceritanya  bermula apabila Norman dipertemukan dengan seorang wanita yang cantik, manis , ayu, tetapi perempuan itu datang dari kampong.Perempuan kampong..huh Norman tak suka. Kolot sangat, tak up to date.. huh bukan macam kekasihnya yang merangkap setiausahanya di pejabat. Shasha kekasihnya. Tetapi keluarganya tidak setuju kerana shasa perempuan yang sosial... keluarga Norman mahu biarlah calon menantu mereka dari keluarga yang baik-baik walaupun tidak berharta tetpi penuh dengan ajaran agama islam.. itu yang mereka mahu. Disebabkan atas desakan keluarganya dan kerana takut dibuang keluarga Norman menyetujui rancangan perkahwinan yang telah diatur untuk dirinya.
Perkahwinan diaturkan di sebuah hotel yang ternama. Norman hanya berpura-pura gembira sedangkan dihatinya penuh dengan rasa meluat melihat perempuan disebelahnya. Dia membayangkan shasha yang akan berganding dengannya di pelamin  yang tesergam indah bak singgahsan tetapi lain pula yang terjadi.  Isterinya yang sah dinikahinya itu bernama Maya. Rata-rata tetamu yang datang dalam majlis itu mengucapkan tahniah sambil memuji kecantikan isterinya yang lemah lembut dan manis senyumannnya. Sehingga kadang-kadang ada mata nakal yang berani mengusik isterinya dihadapannya. Norman menyimpan rasa bangga dan marah juga sebab dia tak mahu isterinya itu dilihat oleh orang lain.
Selepas habis acara, mummy Norman menyuruh mereka untuk beredar balik ke rumah untuk berehat. Norman akur dan membawa Maya balik. Di dalam kereta Norman hanya diam begitu juga dengan Maya sehingga mereka sampai ke rumah. Norman berfikir sampai bila dia harus berpura-pura sedangkan dia tidak mencintai Maya. Sampai ke bilik Norman terus mandi dan selepasnya keluar dia melihat bajunya telah disediakan oleh isterinya. Dengan perasaan yang marah Norman mencampak baju itu ke lantai. Maya terkejut dengan perbuatan suaminya. 
Norman berkata: "hei perempuan jangan kau sekali-kali pegang harta benda aku kat bilik ni, aku tak mahu harta benda aku ni kotor sebab engkau itu datang dari kampong!"selepas mendengar tengkingan suaminya itu Mya terus berlari keluar bilik sambil air matanya mengalir laju. Dia tidak sangka suaminya akan berkata seperti itu dan dia rasa terhina dari kata-kata yang dilemaprkan oleh suaminya itu. Dia sungguh tidak sangka bahawa selama ini suaminya itu berpura-pura saja baik di hadapan keluarganya dan orang ramai. Dia sungguh malu kerana harga dirinya diletakkan hina di pandangan suaminya sendiri.
Selepas melihat isterinya itu keluar bilik, Norman merasa puas hati kerana dia telah berjaya menyakitkan hati isterinya yang tidak dicintainya itu. Tanpa rasa bersalah dia terus tidur dengan lena di atas katil yang telah dihias indah oleh pereka-pereka yang Mummynya upah untuk menghiasa bilik pengantinnya.
Esok paginya ketika Norman bangun , dia melihat isterinya itu tidur di atas lantai dengan beralaskan beg baju dan kain selendang untuk menutupi badannya yang kesejukan. Norman terpaku dan terpegun seketika melihat rambut isterinya yang hitam berkilau dengan kulitnya yang  bersih putih tanpa ada kecacatan sedikitpun.
Kemudian Norman tersedar apabila isterinya itu membuka mata. Norman bergegas masuk ke bilik air untuk membersihkan diri kerana dia hendak menunaikan solat suboh. Memang Norman dididik dengan didikan agama yang baik sebab itu keluarganya mahu dia berkahwin dengan perempuan yang solehah juga.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan