Isnin, 1 April 2013

1/4/2013- BANGI TO KAJANG :)

Assalamualaikum,
terlalu lama rasanya  sy tidak meupdate status saya yang terkini. Alhamdulillah hari ini terbuka hati hendak menjenguk sebentar blog.
sekarang sy belajar jauh lagi.. berjauhan dengan keluarga buat masa ini memang tidak mengembirakan aku langsung. entah kenapa adakah aku tidak redha dgn pemergian ku ke sini! susah untuk ku ungkap kan rasa ini.. tetapi hanya satu yang ku ingatkan ALLAH!!!!!!! mungkin in hanya ujian agar aku lebih tabah. untuk aku mencari pengalaman agar aku boleh berkongsi dgn org di luar sana. utk mencapai kejayaan bukan hanya duduk senang lenang memetik hasilnya,, perlunya kekuatan yang dititipkan Allah kepada Kita.banyu aku Ya Allah.. berilah aku kekuatan dan peluang untuk berbakti di dalam agamaMu.. amin....

Rabu, 15 Februari 2012

result, natijah, keputusan.... :(

ya Allah bilalah nak habis dugaan ini... ya Allah aku ingat firmanmu... engkau takkan membebani hambamu melebihi kemampuan diri hamba itu sendiri... aku pasrah dan redha kalau semua keputusan itu dah tersurat untuk aku...:(

Rabu, 1 Februari 2012

aku merindui ayahku dan ibuku..:(

ya Allah kenapa hatiku ini .. ada sesuatu yang ku fikirkan dan aku sungguh gelisah memikirkannya...  ya Allah aku mohon kepada Mu ya Allah... aku tidak ingin mengecewakan harapan keluarga dan harapan dan tanggungjawab yang aku pikul.. sungguh berat rasanya.. adakah aku mampu untuk menanggungnya.. ya allah berilah aku kekuatan... dan ketabahan.... ya allah ampunkan lah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan dosa seluru saudara ku dalam islam.. bantulah kami ya allah dalam mmengharungi dunia yang pura2 ini...:/ * headache*

Isnin, 30 Januari 2012

ya Allah ... betapa mulianya apabila anak memuliakan dan menghormati ayah dan ibunya...:(

assalamualaikum.. aku tak tahu bagaimana untuk mengubah diriku mrnjadi seorang yang baik... takku mampu mengubah diriku menjadi baik ya Allah tanpa petunjukmu dan kehendakmu.. aku sungguh lemah dalam mengahrungi godaan syaitan.. aku sungguh malu..... ;( YA ALALH DEKATKAN LAH DIRI UNTUK MENCINTAI MU... YA ALALH DEKATKANLAH AKU UNTUK MENCINTAI RASULULLAH SUPAYA AKU DAPAT MENCINTAI AHLI KELUARGAKU DAN SAUDAR-SAUDARA SESAMA ISLAM...  AKU RINDU PADA KEDUA IBU BAPA KU YA ALLAH ... SEMOGA AKU MENDAPAT PELUANG UNTUK BERBAKTI KEPADA MEREKA  YANG AKU SAYANGI.. BETAPA KAU MALU UNTUK MENJEJAK KAKI DI BUMI MU YA ALALH.. JADI LAH AKU DI KALANGAN YANG MENDAPAT PETUNJUK DAN KEREDHAANMU YA RABB....    TIMBULKAN RASA CINTA KU YANG MENDALAM PADA MU YA ALLAH... I <3 ALLAH... I <3 RASULULLAH.... I LOVE <3 WALIDAIYA....:)

Ahad, 29 Januari 2012

ketika cinta bertasbih...

 bila hati ini berbunga kerana tasbih cinta yang selalu dimainkan oleh manusia... :)

ISTIKHARAH CINTA

mungkin ini ujian utk aku menghadapi perjalanan mencari jodoh.. aku selalu mendengar orng selalu kata klw nak cari suami yang soleh harus  mengubah diri jadi solehah dulu... memang aku akui aku terlalu mengharap orng yang sempurna yang dapat membimbing aku menuju syurga ilahi.. aku benar2 mengharap bakal suami ku nanti yang akan mendampingi aku di dunia  ini yang akan mendampingi aku di akhirat kelak,,, ya Allah aku hanya manusia yang lemah aku benar2 berharap untuk bertemu dgnnya ya Allah.. klw memang jodoh yang datang dalam waktu  terdekat ini adalah jodoh yang baik dan soleh dan yang memang engkau tentukan di loh mahfuz.. aku sedia menerimanya..  iziznkan lah aku ya Allah untuk menjalani hidup ini dgn berpandukan al-quran dan sunnah.. agar aku menjadi seorang yang mengamalkan sunah rasulmu...  berilah aku kesabaran kerana  mungkin jodoh ku masih mencari diri ku...:) bantu aku ya allah dalam meempuhi cubaan dan mencari keredhaanMU ya RAbbiiii...... Subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha ilallah.... tawakkaltu alallah....:)

Jumaat, 27 Januari 2012

GEMENTAR...:")

assalamualaikum... alhamdulillah.. hari ne gelisah sikit... mungkin draft result exam keluar hari ane... hmm  apakah nasibku? diri ini rasa hina.. bila susah baru ingatkan Allah... bilalah diri ane kan insaf..  ya allah bantulah hambamu ini dalam mengharungi dunia yang penuh tipu daya ini.. aku masih dalam kelalaian mencari taufik dan hidayah mu... bantu aku teman bantu aku ya Allah sedarkanlah aku....*doaku dalam rintihan*...:"(

Jumaat, 6 Januari 2012

assalamualaikum..alhamdulillah sekarang ne aku sedang menjalani exam final utk sems ni di utm.. lps tu nak balik brunei dah.. hmm sedih lah pulak... dulu rasa sangat nak balik sekarang ne mcm berat hati  je nak balik sebab dah biasa hidup kat sini..  huhu... dah  selesa sngt  dengan pensyarah kat sini.. rasa dah subur cinta kat isini ne.. huhu.. akan tibalah saatnya nanti.. ya ALLAH bantu lah aku untuk terus hidup di dunia yang penuh pancaroba ini.. aku tak nak hidup dalam kelalaian mencari akhirat di sini.. berilah aku kekuatan ya Rabb... dekatkanlah hatiku dengan hati-MU... AMINNN......

Khamis, 6 Oktober 2011

semoga semuanya akan berjalan dengan lancar dan semua ahli keluargaku dalam keadaan yang sehat2 sahaja:) aminnn


  
assalamualaikum.. ini adalah sebahagian gambar ahli keluarga ku yang jauh di brunei.. ini lah ubat rindu aku... cuma aku tak de masa je nak upload lebih bnyk nanti lah f aku ada masa.. hari ne aku dah buat keputusan nak tinggal luar hostel mungkin esk aku pindah.. wlwpun aku berat hati nak pergi tapi aku kan cuba sesuaikan dengan keadaan sebab ini utk kebaikan memnadangkan aku langsung tak de pengalaman berada ditempat orang.. wlwpun tak asing tapi memandangkan aku anak bungsu sbb tu mungkin manja sikit kot.. okey tu je lah,, nanti aku snbung doakan saya ye supaya tabah dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar.. semoga allah mengampunkan dosa2 yang telah aku lakukan sepanjang hidup ku ini.. sesungguhnya aku mengharapakan hidayah dan rahmah allah utk memberi aku keinsafan dan kesedaran.... maasalamah.. ilalliqa..

Ahad, 2 Oktober 2011

rinduku kepada ayah dan ibuku serta keluarga ku..

Assalamualaikum.. dah lama saya tak update blog saya.. banyak perkara yang berlaku pada kehidupanku aher2 ini.. sekarang aku telah berada di skudai johor menuntut di utm.. kejauhan ini selalu membuat aku rindu pada keluarga.. di tengah malam aku akan melayan perasaan  kerana sudah terasa kesunyiannya bila aku seorang di sini.. kadang2 aku terfikir adakah betul ini pilihan yang terbaik utkku..  ya Allah kuatkan lah semangat ku.. berilah aku ketakwaan sesungguhnya aku selalu jauh dari mu.. berilah aku peringatan daan hidayahmu Ya Allah.. rabbi yassir wala tuassir ya kareem.. semoga dengan titisan air mata ku dapat menghapus rasa kesedihan di hati ini.. selamatkan lah dan lindungi ahli keluarga ku.. ya allah.. ku titip mereka dalam lindungan mu.. tawakkaltu ‘alallah..

Rabu, 13 April 2011

assalamualaikum..mohon doanya...kepada sahabat saya dan juga abng saya...yang telah bernikah awal bulan april lalu..alhmdulilah...barakallahu lakuma wa jama' bainakuma fee khair...semoga hidup bahagia di dunia dan akhirat...aminn..sekian-atikah ibrahim:)

Selasa, 8 Mac 2011

hati ku tertanya-tanya

assalamualaikum... duhai sahabat sesungguhnya fitnah dunia semakin menghampiri kita....


ada seorang akhawat mengadu sebentar .. dia telah menjadi bahan fitnah manusia.. memang sedih untuk difikirkan..:(


baru sebentar ku terfikirkannya.. adakah dia di sini???? kenapa sungguh jauh perjalanan ku ini...

Rabu, 16 Februari 2011

Dia kekasih allah... subhanallah


salam ala rasulillah..salamun ala il yassin...ya rabbi ya maulana sallimna ala dinil islam..sabbit qalbii ala dinik... radhitu billah waatasamtu billah wa fawadtu amri ilallah....:)

Ahad, 13 Februari 2011

masalah yang berlaku pada miggu ini sungguh meguji daya ketahanan iman

assalamualaikum....
Bukan aku manusia yamh mudah memendamkan perasaanku..aku tidak terdaya untuk menguruskannya seorang diri..aku sungguh sakit menanggungnya.. kalau aku diibaratkan seekor burubg aku akan pergi jauh berhijrah mencari kehidupan yang lain... tetapi aku manusia yang di lahirkan.. dan hamba yang hina dan sentiasa di uji untuk mengetahui sejauh mana keimananku itu.. aku belum kuat untuk hadapi masalah yang berterusan.. aku tidak mahu menyusahkan sesiapa tetapi aku manusia yang lemah..
 Kepada Mu ya Allah ku serahkan segala urusan ku..aku sungguh letih untuk memikirkannya...aku hendak ketenangan aku mahu pergi... tolong aku ya Rabb...

Jumaat, 4 Februari 2011

dua masalah dalam hari-hariku..

assalamualaikum...

berat hati nak meluahkan perasaan hati.. baru dua tiga hari ne anak buah masuk hospital.. kesian dia sampai ana pun sebak lihat keadaan nya.. klw dapat lah sakitnya dapat ana bahagi..ana sanggup jadi galang gantinya..baru lima bulan umurnya. tetapi dah masuk wad icu.. syafakillah ya ibnati..Nur FArah syifa Adriana...allahu akbar ...:(



 dapat tawaran student exchange..tetapi aku sungguh berat hati... ya rabbi saedni ala masalati..

Selasa, 11 Januari 2011

Kuliah bermula dengan hati yang berat

Alhamdulilah 4 the last semester ..  i got b wth the PNGK 3.63...Maha suci Allah yang menyelitkan rahmat dan taufik kepada hamba2nya yang sentiasa khilaf ini.. Aiini ya Rabb..

Rabu, 8 Disember 2010

Bila aku sudah sedar... ternyata aku selama ini khilaf..

Dulu bila orang cerita  mengenai  'couple',, hatiku dan diriku merasa meronta2 untuk merasa dan mengalami.. dan bila aku sudah merasa,, barulah aku tahu bahawa Allah merancang sesuatu yang lebih baik dan sempurna untuk hamba-hambanya.. aku khilaf di dunia ini.. aku sedih kerana aku sangka cinta manusia itu membawa kebahgiaan tetapi kebanyakannya cinta yang hanya berlndaskan akal dan hawa nafsu sahaja tidak akan membawa nasib kita kemana-mana.. tetapi bila kita mencari cinta yang di redhai oleh allah... Kita akan merasai kebahagiaan bukan kekecewaan yang tak berkesudhan.. aku mesti pergi meningglkan ini semua..aku mesti hidup dalam hakiki aku tidak boleh ikut berpura-pura..aku harus berusaha dan berikhtiar untuk mencari kebahagiaan di dalam limpahan redha Allah subhanahu wa taala..
Sesungguhnya aku takut untuk hidup dalam kekecewaan tetapi itulah aku sebagai manusia tidak akan lepas dari perassan ini kecuali aku sendiri yang berjuang untuk mengubahnya... AKU HARUS MENCARI CINTA YAANG HALAL!!!!!!!!!!!!!!!

Khamis, 2 Disember 2010

Masihkah ada kesempatan bagiku ya allah...... Aku mohon engkau berikan aku petunjuk dan hidayah mu sesungguhnya aku masih tergolong didalam hambamu yang banyak berdosa..... Jangan ambil nyawa kami sebelum kami sempat bertaubat ..Amiin Ya Rabb...:(

Ya Allah selamatkan kami...:(

Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi(TERBUKTI HARI INI semakin mengering dalam keadaan mendukacitakan.....)

by in a relationship with on Thursday, December 2, 2010 at 10:35pm
Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi(TERBUKTI HARI INI semakin mengering dalam keadaan mendukacitakan.....)

by Brigade1 Zameer Fisabilillah on Monday, November 29, 2010 at 7:56am


Adakah anda ingat saya berjenaka dengan anda?Adakah anda ingat saya hanya menipu anda?Adakah anda ingat dunia ini milik anda?Adakah anda ingat kehadiran saya di alam maya sejak dari dahulu lagi dengan meninggalkan SEGALA KATA-KATA saya melalui tulisan minda sesuatu yang sia-sia dan pembohongan besar?TIDAK...TIDAK...TIDAK..TIDAK....

Masihkah anda ingat nota saya yang dahulu saya letakkan pada akaun asal,kemudian saya alihkan pada page 'Zameer Fisabilillah',kemudian saya buat page baru setelah page lama di hack oleh yahudi.Ada THE HIDDEN HAND dari golongan Iluminati dan Freemanson sedang melihat pergerakan saya di alam maya.Mereka ini memilik teknologi 30 tahun ke hadapan yang lebih maju. Mereka memiliki satu alat translate yang apabila mesin pengimbas itu diletakkan di laptop,dia akan translate secara automatik bahasa yang anda gunakan di dunia ini,beratus-ratus bahasa.Inilah page baru saya,"Brigade Zameer Fisabilillah".
Hari ini,saya ingin highlight kan kepada anda semua bahawa Tasik Galilie semakin mengering. Tahukah anda?Lihatlah,di negara Malaysia contohnya,banjir kerap berlaku kemudian kita masih lagi tidak sedar.Sehingga ada yang berkata selepas berlaku banjir,"YA ALLAH,HANCUR TV PLASMA AKU BELI RM5,000 3 BULAN LEPAS"
"YA ALLAH, HABIS KERETA MEWAH AKU TENGGELAM "
Mengapa anda terlalu berfikiran cetek???Tahukah anda bahawa tidak lama lagi teknologi bakal tiada lagi?
Bersyukurlah anda apabila dikurniakan hujan...
Anda tahu apa yang sedang berlaku di Israel kini?
Di Israel,ada satu tasik yang bernama tasik Galilie,ianya semakin mengering...
Inilah hukum alam,yang Allah s.w.t tetapkan dengan kekuasaannya. Bayangkanlah,bongkah ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan semakin mencair dan mengakibatkan banjir dan dijangka kebanyakan tempat di dunia ini akan tenggelam tidak lama lagi...Masihkah anda ingat hadis Rasulullah s.a.w yang menyeru kita belajar berenang,menunggang kuda dan memanah?Mengapa anda masih tidak memahirkan lagi 3 perkara itu?Carilah hadis itu,bila anda jumpa baru anda sedar bahawa seruan itu telah pun disebutkan 1400 tahun lalu. Kemudian saya hadir hari ini kepada anda untuk menyedarkan anda.

Apakah yang saya maksudkan dengan ayat,"TERBUKTI HARI INI"
Anda semua jangan salah faham,apa yang saya cakapkan terbukti hari ini ialah berkaitan akhbar kosmo hari ini,27.11.2010 menceritakan berkaitan "Pemimpin agama Israel minta hujan".Sedikit tatapan umum berkaitan akhbar tersebut,


BEBERAPA lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan diadakan di atas bot di laut Galilee, utara Israel pada Rabu lalu.


GAMBAR menunjukkan seorang pemimpin agama Yahudi (berjanggut) menaiki belon udara panas untuk meminta hujan dekat Kibbutz Ruhama di Negev kelmarin.
TEL AVIV - Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga bulan depan.
Dua pemimpin agama Yahudi, Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.
Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini. Kelmarin, kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame'agel di tepi Laut Galilee untuk berdoa supaya hujan turun.
Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara untuk meminta hujan turun kelmarin.
Pada Isnin ini, mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.
Tidak ada hujan yang turun sepanjang bulan ini.Ramai pegawai ramalan kaji cuaca menyatakan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga permulaan Disember.Dua minggu lalu, pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam turut mengendalikan majlis doa untuk meminta hujan di kampung Wallaja. - Agensi
Jika anda berkata saya menipu,anda semua boleh beli akhbar kosmo pada hari ini,dan carilah tajuk itu.Lihatlah akhbar itu dan bandingkan dengan nota yang saya tuliskan ini,ianya saling berkaitan cuma nota yang bawah ini tidak dinyatakan di dalam akhbar itu.


Di bawah ini adalah nota saya yang lalu,anda boleh baca sekali lagi untuk menambahkan ilmu pengetahuan anda.


Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah bakal berlaku 40 tahun lagi???AL-QURAN&HADIS membuktikannya)

Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....









Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.
dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak,
dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.

Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!


Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......

KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...

Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan

Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang

Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...

Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)

Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa Tamim ad-Dari disebutkan dalam Sahih Muslim:
Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari Amir bin syurahbil asy-Sya, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata:" Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w yg tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain beliau." Fatimah berkata:" jika engkau mahu, nescaya aku lakukan." Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku."
Fatimah berkata: Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w duduk dimimbar. Sambil tersenyum, beliau bersabda:" Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya." Selanjutnya beliau bersabda:" apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?" mereka menjawab: " Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui."
Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari, yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai'at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka di buai ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata:' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab:'Aku adalah Jassasah (mata-mata)' mereka bertanya:'Mata-mata apa?' Ia menjawab:'Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.'

Tamim ad-Dari berkata: 'Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.'
'Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:
'Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Ia menjawab: 'Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?' Mereka menjawab: ' Kami adalah adalah manusia dari Arab. Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan'. Maka kami duduk-duduk di pantai dekat perahu lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehinnga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.
Kami bertanya: ' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab: 'Aku adalah mata-mata' 'Mata-mata apa?' 'Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.' 'Maka kami pun segera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami tidak tenang jangan-jangan syaitan betina. Orang itu berkata:' Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!' [Nota:Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin]. 'Tentang apakah yang kamu tanyakan?' 'aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?' 'ya' 'Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah' Lalu ia berkata lagi:' Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!' 'Tentang apakah yang kamu tanyakan?' 'apakah tasik itu masih berair?' [Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6 batu2 . Airnya makin berkurang. Jarak Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis sekitar 100 batu] 'Ya, tasik itu masih banyak airnya' 'Sesungguhnya air tasik itu hampir habis' Ia berkata:' Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!' 'Mengenai apakah yang kamu tanyakan?' 'Apakah mata air itu masih memancarkan airnya dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?' [Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah isyarat dekatnya keluar Dajjal silaknat] 'Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.' 'Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf, apa yang dilakukannya?' 'Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib' 'Apakah orang Arab memeranginya?' 'Ya' ' Bagaimana caranya memperlakukan mereka?' 'Ia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya' 'Apakah demikian?' 'Ya', 'Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama empat puluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalkan kepalaku. Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.' Fatimah berkata:
"Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar Rasulullah s.a.w bersabda:
Ini adalah Taibah(kota Madinah), Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?" Orang-orang menjawab:" Benar" Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah. Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman, bukan dari timur, bukan dari timur, bukan dari timur,sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur" (Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba'ah al-Misriyyah, XVIII, hlmn 78-73)

Saya ada jumpa isian hadis ini yang lebih panjang lagi,insyaAllah saya akan bukukan segala hasil penulisan saya melalui buku itu yang akan dipasarkan di seluruh Malaysia pada pertengahan bulan depan.Untuk makluman lajut,bolehlah lihat pada nota saya BERTAJUK" INFO SEMASA BERKAITAN Brigade Zameer Fisabilillah"

UNTUK MAKLUMAN ANDA SEMUA,saya akan edit nota ini untuk tatapan bacaan anda kali kedua,mohon kerjasama anda melihat nota ini 7 hari akan datang lagi sekali kerana ada info tambahan pada nota ini yang lebih menarik.
INGATLAH!!!HARI INI TASIK GALILIE MAKIN MENGERING...
MAKIN MENGERING
MAKIN MENGERING....
BELUM LAGI MENGERING SEPENUHNYA LAGI....
INGATLAH! Tidak perlu online selalu, PERSIAPKAN KEKUATAN ZAHIR DAN BATIN ANDA UNTUK BERJIHAD NANTI kerana saya khuatir nanti anda terlupa!
PERSIAPKAN KEKUATAN LUARAN DAN DALAMAN ANDA UNTUK BERJIHAD NANTI kerana saya khuatir nanti anda terlupa!Jangan online terlalu lama kerana mengakibatkan mata anda rosak sekali gus menjejaskan mata anda untuk berfikir pada akhir zaman ini siapakah pengikut NABI PALSU(DAJJAL) dan pengikut NABI YANG BENAR(NABI ISA).


PERHATIKAN UPDATE NOTA "INFO SEMASA " YANG AKAN DATANG PADA SETIAP MINGGU(HARI SABTU atau AHAD)
Jika page ini dibanned,saya akan maklumkan pada nota ini dengan edit yang terbaru,Anda semua boleh baca sekali lagi pada masa akan datang...Harap Maklum


Selepas anda membaca nota ini, anda berhak memilih anda golongan yang mana seperti tertera di bawah.
Tiga golongan manusia selepas membaca artikel ini:

1) golongan yang suka share nota ini kepada semua MANUSIA
Sila klik button share di bawah nota ini. Segala kandungan bermanfaat boleh diambil untuk sebaran umum,simpanan, dan sebagainya.Sekiranya anda ingin menyebarkan nota ini ke halaman website lain, SILA LETAKKAN pautan link pada blog anda atau pada artikel yang diambil sebagai kredit kepada penulis...Jazakumullah..Awas!!!Jangan sesekali kerana anda ingin mengejar populariti sehingga suka copy paste dan letakkannya sbg nota hasil penulisan anda sedangkan bukannya anda yang menulis dan mengkaji dengan lebih mendalam nota ini.Ingatlah,ALLAH memerhati segala yang anda lakukan dan Allah mengetahui niat tersembunyi anda itu.
Contohnya,SILA LETAKKAN AYAT INI, 
SUMBER dari http://www.facebook.com/pages/Brigade1-Zameer-Fisabilillah/129693903750614
Anda umpama tanah. Walaupun hujan hanya turun seketika,anda telah memanfaatkannya sebaik mungkiin. Contohnya, tanah ini akan cepat-cepat mengambil manfaat dari air hujan yang turun sebentar tadi lalu menumbuhkan buah-buahan yang segar untuk kebaikan manusia sejagat.

2) golongan yang suka membantah ayat Al-Quran dan As-Sunnah
Golongan ini suka membantah sesuka hati seolah-olah dia sahaja yang betul. Padahal tanpa dia sedari, kadangkala dia bercakap secara membantah.Ingatlah,perselisihan itu akhirnya akan membawa kecelakaan kepada diri anda sendiri. Apa yang pasti,JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU, rajinkanlah dirimu mendekatinya sebelum kamu diiringi ke pusara....JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU...(hendak baca huraian lebih lanjut,sila baca sepenuhnya info pada page ini)
Anda seumpama batu-batuan dan pasir.Walaupun hujan selalu turun, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Batuan tadi tetap kekal sebagai batuan serta tidak menumbuhkan sesuatu yang bermanafaat seperti buah dan sebagainya.

3)golongan yang masuk telinga kanan,keluar telinga kiri
Golongan ini akan memudaratkan dirinya sendiri tanpa dia sedari. Golongan ini walaupun tidak menentang Dakwah Islamiyyah itu contohnya, namun kehadiran mereka juga seolah-olah tidak dirasai oleh masyarakat, kerana mereka menjadi golongan yang tidak ada sensitiviti dan kesedaran untuk membangunkan ummah dengan wasilah Islam yang syumul.Ingatlah,anda boleh komen setiap statement dan nota saya,asalkan komen anda adalah komen motivasi bukannya komen yang bersifat membantah atau komen yang dikategorikan lari dari topik seperti yang telah berlaku sebelum ini.
Anda di ibaratkan seperti air kolam yang bertakung. Keadaan air ini tetap kekal sebagai air dan tidak membuahkan apa-apa hasil yang lain. Apabila hujan turun, air tadi hanyalah akan bertambah, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku.
NANTIKAN UPDATE TAMBAHAN PADA NOTA INI SETIAP MINGGU PADA HARI JUMAAT.........
Awas!!!Jangan sesekali kerana anda ingin mengejar populariti sehingga suka copy paste dan letakkannya sbg nota hasil penulisan anda sedangkan bukannya anda yang menulis dan mengkaji dengan lebih mendalam nota ini.Ingatlah,ALLAH memerhati segala yang anda lakukan dan Allah mengetahui niat tersembunyi anda itu.

AMARAN kepada mereka yang suka membuat kesimpulan negatif dan fitnah terhadap apa yang cuba disampaikan…..Ingatlah,maklumat ini memiliki huraian yang lebih mendalam berdasarkan pemerhatian dan kajian saya bersama ahli salaf yang lain di atas satu meja sejak sekian lama,sudah tentu jika anda ingin mengetahui huraian yang lebih banyak,anda semua perlu membaca hasil kajian yang akan saya buku kan dengan lebih lengkap bukannya anda menafsirkan fitnah akhir zaman dengan tafsiran negatif anda itu. Walaupun segala maklumat yang saya tuliskan di alam maya ini di anggap 100% terbongkar bagi anda,namun ketahuilah bahawa maklumat penuh yang saya tuliskan di alam maya ini belum mencapai 100% yang saya bongkarkan kerana saya tidak mahu membongkarkan lebih lanjut kerana ada the hidden hand dari golongan Iluminati sedang memerhati pergerakan saya di alam maya. Mereka ini bukan sahaja memerhati pada satu website sahaja,tetapi mereka memerhati kesemua web memandangkan alam maya ini ciptaan mereka.Tak kisahlah anda berada pada website mana pun,segalanya diperhatikan oleh mereka.Untuk mengetahui lebih lanjut,saya akan huraikan lebih mendalam melalui buku yang akan saya edarkan di pasaran Malaysia pada pertengahan bulan 12. Jika anda ingin mendapatkan buku itu,anda bolehlah LIHAT pada nota yang akan saya update setiap minggu berkaitan maklumat semasa saya di bawah tajuk lagi satu nota iaitu INFO SEMASA BERKAITAN Brigade Zameer Fisabilillah(SILA KLIK>>>http://www.facebook.com/notes/brigade1-zameer-fisabilillah/info-semasa-berkaitan-brigade-zameer-fisabilillah/169665589721680)
INGATLAH,Ilmu yang anda sebarkan ini,ada hujahan yang lebih lengkap menanti anda semua(buku yang akan saya tuliskan dan meledak di pasaran menjelang pertengahan bulan 12), bagaimana jika anda menyebarkan Nota ini tanpa merujuk kepada bersumberkan dari mana?Tidak kesiankah anda apabila anda menyebarkan ilmu yang tidak lengkap dan terbantut kepada orang ramai?Mengapa anda mengejar populariti sehingga suka copy paste dan letakkannya sebagai nota hasil penulisan anda sedangkan bukannya anda yang menulis dan mengkaji dengan lebih mendalam nota ini.Ingatlah,ALLAH memerhati segala yang anda lakukan dan Allah mengetahui niat tersembunyi anda itu.Ingatlah,jika hendak copy paste,sila letakkan rujukan dari page ini dan copy paste dari ayat permulaan saya sehingga berakhir pada noktah ini.INGATLAH,saya akan update sedikit demi sedikit nota ini pada setiap minggu hari jumaat.

6 perkara ALLAH sembunyikan

by in a relationship with on Thursday, December 2, 2010 at 9:13pm
6 perkara ALLAH sembunyikan

by Islam Bersatulah on Wednesday, November 24, 2010 at 3:44pm
SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:



"WAHAI TUHANKU"

* ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?

* LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"

* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,

* MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD




"WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD, DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU"




* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERKATA

"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"

* LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD



"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL...."



* KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.

* KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD ;

* "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA ATAU SEPERTIGA, ATAU SEPEREMPATNYA?"

* KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD




"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."

MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU ;




* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU)

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI




SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI.
WALLAHUALAM
KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MULIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA.....

*sumbangan  ikhlas hamba  Allah.. semoga Allah merahmatinya kerana ilmunya yang luas....